‘Ligat’ ambil order pelanggan, Mama Ryna kongsi pengalaman siapkan ratusan kotak Chocodap’s

Makin ‘ligat’ terima tempahan hamper berisi coklat, Mama Ryna @ Salfarina Awaludin seronok meskipun bersengkang mata menyiapkannya.

Kongsi Mama Ryna, antara momen paling diingati sehingga kini apabila dia menerima tempahan 100 buah hamper untuk diagihkan di majlis anjuran Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor bulan lalu.

“Tak sangka bila kuat promosi di sosial media, ada yang nampak usaha saya.

“13 Disember 2022 saya berjaya siapkan gubahan 100 Premium Box Chocodap’s untuk majlis anjuran mereka.

“Lebih istimewa majlis turut dihadiri ramai tetamu kenamaan. Alhamdulillah mereka pun gembira bila terima kotak coklat yang dah dihias rapi,” katanya.

Sebelum itu, Mama Ryna juga pernah mengambil tempahan untuk siapkan 100 buah tempahan hamper raya untuk kakitangan Jabatan Perdana Menteri.

Bukan sahaja hamper, Mama Ryna juga aktif menerima tempahan gubahan coklat untuk hari ulang tahun, majlis perkahwinan dan majlis istimewa.

Mama Ryna juga merancang untuk membuka booth Chocodap’s di lokasi strategik di masa akan datang.

Terdahulu, Mama Ryna pernah mengusahakan booth coklat bertempat di Lotus Ampang pada November dan Disember tahun lalu.

“Insha Allah kalau ada kawasan best, sudah tentu saya nak start semula. Tambahan bila nak sambut Aidilfitri nanti, mesti meriah orang nak beli coklat,” katanya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment