Bantu gapai impian, Alhamdulillah selepas lima tahun beroperasi, Chocodap’s berjaya melahirkan lebih 42,000 usahawan coklat setakat ini. Misi syarikat untuk terus mengedarkan coklat tempatan terbaik setanding rasa antarabangsa akan diteruskan termasuklah merancakkan aktiviti pemasaran syarikat selain penambahan jumlah ejen. Setakat ini juga lebih 2000 tan telah diedarkan kepada ejen Chocodap’s dan ini adalah angka membanggakan. Kami juga optimis untuk membantu lebih ramai usahawan meraih pendapatan sehingga lima ke enam angka setiap bulan melalui jualan Chocodap’s.