Lawan ‘Monday Blues’ dengan tips berikut, bangkit semua!

‘Argh malasnya harini, benci lah Isnin! Kan best harini still cuti’

Ehem…ada tak gang yang Monday Blues harini? Sabar gang, nak tak nak, kena LAWAN juga rasa malas nak lalui hari Isnin tu. BANGKIT!

Ada caranya. Salah satu dengan bersiap cantik macam nak pergi kerja walaupun korang masih WFH pada ketika ini. Bawa keluar baju kegemaran, warna selesa & baju yang membuatkan energy korang jadi luar biasa.

Bergaya walau dalam rumah

Anda juga boleh hias diri anda dengan memakai wangi-wangian. Janganlah ala kadar dalam semua benda. ‘Kalau rasa nak pakai biasa-biasa, baju tidur pun dah cukup’, secara tak sedar ia akan beri kesan kepada mood sepanjang hari.

Jadi hari Isnin, tukar cara dengan berpakaian cantik dan kemas walaupun anda hanya berniaga di tepi jalan sahaja.

Imej tetap kena jaga sekurang-kurangnya untuk bagi orang nampak anda sentiasa dalam keadaan kemas & bersedia.

Hiasi ruang kerja 

Persekitaran ruang kerja sangat penting untuk kita mendapatkan ilham & mood yang ceria! Ianya memberi kesan kepada mood kita. Siapa antara anda yang selalu mengalami masalah meja bersepah? Kertas tak disusun, pen berterabur sana sini?

Jika bijak uruskan meja, fikiran korang juga akan teratur dalam masa sama kerja akan jadi lebih tersusun.

Perkara ini akan memberi kesan kepada emosi anda dan semangat untuk membuat kerja tidak seperti yang biasa. Apa kata kali ini anda lihat meja anda dan cuba untuk mengemas meja sebelum balik supaya bila hadir ke tempat kerja keesokannya anda akan jadi lebih bersemangat.

Jika anda seorang yang sukar untuk mengemas, cuba untuk paksa diri anda untuk ambil masa dalam 5 minit untuk kemas meja sahaja. 

List senarai ‘things to do

Nak hari jadi lebih lancar, buatkan senarai things to do. Penting untuk letak target atau goals anda untuk anda capai apa yang ingin selesaikan. Contohnya, anda merancang untuk siapkan kerja sebelum jam 3 petang. 

Anda pasti akan paksa diri anda untuk siapkan kerja tersebut sebelum waktunya. Jadi anda akan merasa lebih pantas untuk siapkan kerja dan excited untuk selesaikan kerja anda pada hari itu.

Dalam kata lain, anda sedang pastikan diri sentiasa on track dalam melaksanakan kerja supaya kerja siap pada waktu yang telah anda tetapkan sendiri.

Tak percaya? Cuba sekarang!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment