Dari rakan pejabat ke rakan kongsi, Sha-Lina niat lahirkan lebih ramai ejen di masa depan!

Bermula dari rakan pejabat menjadi sahabat. Kepercayaan antara satu sama lain membuatkan dua sahabat ini sepakat membina perniagaan bersama di bawah jenama Chocodap’s.

Bagi Sha dan Lina, peluang bekerjasama dalam bisnes Chocodap’s digunakan sebaik mungkin. Menggunakan nama Leader Jemaah 2 Victory (J2V), Sha bersyukur kerjasama dibina bertahan sehingga ke hari ini.

Pernah bekerja di syarikat Gas & Petroleum sebelum diberhentikan gara-gara wabak Covid-19 melanda dunia, Sha dan Lina bersyukur memiliki Chocodap’s sebagai ‘penyelamat’.

“Selepas lebih 15 tahun dalam bidang O&G, tak sangka kami berdua akhirnya beralih ke bidang lain. Chocodap’s ibarat penyelamat kami selepas pejabat lama ditutup. Dulu kami join Chocodap’s bukan sebab kami susah, rupanya ada hikmah yang tersembunyi.

“Mengenai kerjasama Sha- Lina, kami tidak menyangka persahabatan yang terjalin di pejabat membawa kami ke tahap ini. Bukan mudah kerana segala keputusan perlu melibatkan dua pihak, harus sepakat dan keputusan harus dipersetujui bersama.

“Pahit manis pengalaman menaikkan bisnes bersama untuk membina team dari berdua sehingga beratus ejen di bawah J2V menjadikan kami lebih matang untuk mengorak langkah dalam perniagaan,” kata Sha.

Berkongsi pengalaman berniaga di musim pandemik, Sha tidak menafikan dia dan rakan kongsi berdepan dengan cabaran sukar.

“Kalau emosi tak kuat, susah nak bertahan juga. Ada kesukaran terutama urusan hantar stok, ada anak-anak team yang perlu dikuarantin. Adakala rasa macam emosi goyah juga.

“Alhamdulillah kami ambil itu sebagai salah satu pengalaman yang membuatkan kami lebih kuat untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Kami tak nak fokus dengan masalah sebaliknya mencari penyelesaian cepat-cepat.

“Emosi negatif jangan dilayan, nanti mood makin ‘kelaut’. Kami teruskan marketing dan training dengan lebih agresif. Alhamdulillah, jualan menunjukkan banyak peningkatan walaupun pandemik,” kongsi Sha.

Berbekalkan modal RM 200, Sha dan Lina bermula di peringkat Captain dan setuju untuk bekerjasama ketika di peringkat Commando.

Kalau dulu jualan bulanan hanya cecah tiga angka, kini angka itu terus meningkat sejak tahun lalu sehingga mencecah lima angka. Ini membuatkan Sha & Lina terus bersemangat untuk bekerja keras untuk melahirkan lebih ramai usahawan coklat di masa akan datang.

Lebih membanggakan Sha & Lina berjaya melahirkan seorang ejen di peringkat pada waktu ini. Lebih menarik, mereka kini digelar King Premier Chocodap’s. Cayalah Sha & Lina!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment