Pertama kali berniaga di car boot sale di Presint 3, Putrajaya, Kak Fath atau nama sebenarnya Fathkiah mengaku terus jatuh cinta.
Ibu lima orang anak ini juga merupakan ejen Chocodap’s yang aktif di sekitar Putrajaya dan Kajang.
Menyertai Chocodap’s sejak September 2021, Kak Fath tertarik untuk membuka booth di kawasan kejiranan Putrajaya.
“Insha Allah kalau Allah izin, saya dan team akan berada di The Dessert & Chocolate Festival 2.0 di Bangi Avenue Convention Centre pada 23-25 December ini.
“Untuk booth, biasanya saya aktif pada hujung minggu sahaja memandangkan saya bekerja tetap di pejabat. Jadi bila ada masa terluang saya ambil peluang berniaga di booth,” katanya.
Berkongsi kisah awal bersama Chocodap’s, Kak Fath memberitahu dia mengenali jenama coklat tempatan ini menerusi ejen Eliza Nurul Ain dan Nuraizat Abdul Halim.
“Waktu kali pertama, saya ambil 8 kilogram terus ketika kenal dengan Chocodap’s.
“Alang-alang dah beli banyak, saya terus daftar sebagai ejen. Dapat saya beli coklat dengan harga jauh lebih murah. Bila dah jadi ejen, saya panjangkan langkah dengan berniaga. Alhamdulillah sambutan baik diterima,” akhiri Kak Fath berazam merancakkan bisnes secara offline pada tahun 2023.