Terkesan ekonomi suram, Dr Syahidah tetap setia dengan jenama Chocodap’s

Lumrah dalam dunia bisnes, pasti ada turun naik. Bak kata pepatah, ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’

Pengalaman bersama Chocodap’s banyak mengajar saya erti cekal dalam hidup. Bermula jualan dari rumah, buka booth seminggu atau sebulan sekali, pernah juga masuk dalam pusat beli belah, buka booth di Mydin Mall, semua saya pernah lalui.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini, tipulah tidak terkesan. Syarikat besar malah ada kilang besar yang tutup, apatah kami yang baru menapak ini.

Sebagai seorang doktor perubatan, saya sibuk dengan kerja hakiki. Namun Chocodap’s saya buat macam full time bisnes. Kerana Chocodap’s ada sentimental value yang ajar saya mengenai kehidupan.

Ketika dunia diserang Covid, saya pula waktu tu baru letak jawatan dari KKM. Chocodap’s bantu saya untuk buat tambah duit belanja.

Sebelum itu saya dah bersetuju untuk bekerja dgn 1 of maternity center tetapi atas sebab tertentu tidak dapat dielakkan, Chocodap’s sumber saya teruskan kehidupan. 

Insyaallah saya takkan tinggalkan Chocodap’s. Saya juga tak kan tinggalkan Ticer Sarah dan boss Farhan Zainuddin di waktu begini. Sebab saya amat memahami kalian struggle and how u both all out to make all people stay positive!

Dr Syahidah Zakaria.

Doktor Perubatan & Ejen Chocodap’s .

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment