Bisnes lepas pencen, pesara tentera pilih Chocodap’s!

Dahulunya merupakan seorang tentera wanita, ejen Chocodap’s Ruslinda Mat Hussin atau Lin menamatkan perkhidmatan 21 tahun dalam tentera (pencen).

Di usia 39 tahun, Lin mengorak langkah bergelar usahawan dengan menjual pelbagai produk makanan.

“Sebelum ni saya berniaga macam-macam makanan antaranya popia cheese, kerepek, nasi lemak dan macam-macam. Semua saya buat sendiri.

“Apa yang buat saya tertarik sertai Chocodap’s selepas dipelawa oleh Mami Nor (Noraini Mat Seman). Mami Nor yang bawa saya dalam dunia bisnes coklat,” katanya.

Pada Jun 2020, Lin mendaftar sebagai ejen dengan bermodalkan RM350 sahaja.

“Bila join Chocodap’s, saya ambil pakej lima kilo coklat, dapat pula percuma dua kilo coklat. Alhamdulillah rezeki waktu itu.

“Tak sangka pejam celik dah tiga tahun saya dengan Chocodap’s. Bisnes ini banyak bantu saya sebagai pesara yang nak mula bisnes secara serius.

“Kena rajin usaha kalau nak berjaya dalam bisnes. Syukur dengan hasil bisnes Chocodap’s dapat saya merasa hasil jualan empat angka,” katanya yang memperoleh jualan paling tinggi sebanyak RM4800.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment