Suri rumah tujuh anak buktikan mampu urus bisnes dari rumah 

“Niat saya bekerja sendiri untuk ada lebih masa dengan anak-anak. Alhamdulillah saya bersyukur dapat tengok anak-anak membesar depan mata,” kata ejen Chocodap’s dari Klang Utama, Puan Nik Azira Abdullah.

Ibu kepada tujuh orang anak ini merupakan ejen aktif di Chocodap’s sejak dua tahun lalu.

Kesibukan menguruskan anak-anak tidak menghalang Nik untuk terus bersemangat berniaga coklat.

Kongsi Nik membuka cerita bagaimana dia mula terfikir untuk berniaga, segalanya bermula selepas anak sulungnya terlibat dalam kemalangan pada 2014.

“Kalau ingat balik sebak hati ni. Anak sulung saya terjatuh dari jejantas dan menjalani empat kali pembedahan di perut.

“Selepas pembedahan dan beberapa bulan lepas itu dia disahkan alami masalah saraf penglihatan. Allah sahaja yang tahu betapa luluh hati saya waktu itu,” katanya.

Kata Nik yang masih bekerja ketika itu, dia bersyukur apabila CEO syarikatnya bekerja memahami situasi ketika itu.

Kongsinya lagi, anak sulungnya kini sembuh selepas menjalani rawatan beberapa bulan di hospital dan kini bersekolah di sekolah pendidikan khas.

“Penglihatan dia kini bertambah baik dan jelas seperti sedia kala. Cuma saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus kepada keluarga.

“Sejak itu saya mula aktif berniaga malah hati saya mula terpaut dengan bisnes Chocodap’s selepas nampak hantaran iklan di Facebook Maminor. Alhamdulillah masih bertahan sehingga sekarang. Maminor banyak kongsi ilmu berniaga dan peluang ini saya gunakan sebaik mungkin untuk tambah ilmu dalam dunia bisnes,” katanya.

Hasil berniaga Chocodap’s, beli sebuah chiller!

Puan Nik berniat untuk membuka kiosk coklat di pusat beli belah AEON Shah Alam dalam masa terdekat dan berharap impiannya dipermudahkan Allah SWT.

“Saya nak buktikan kepada suami dan anak-anak walaupun dah berhenti kerja, saya mampu ada duit gaji sendiri malah lebih banyak dari waktu makan gaji. Doakan saya dapat bantu lebih ramai suri rumah di luar sana untuk ada income sendiri,” katanya mengakhiri perbualan.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment