Kiosk dapat sambutan, Kak Dee terkejut pembeli ’jauh’ borong 102 kotak!

“Kalau saya tahu syoknya buka kiosk coklat, dah lama saya buka,” kata ejen Chocodap’s dari Johor Bahru, Kak Dee @ Nurruldiana Norharashid.

Kata Kak Dee yang pernah bekerja di Singapura, dia terkejut apabila disapa oleh pembeli dari sana yang berminat dengan Chocodap’s.

“Paling best bila dia order 102 Premium Box untuk sambutan Hari Guru di sana.

“Alhamdulillah seronok tak terkata bila benda yang kita jual dapat sambutan hangat. Dia pula customer pertama pada haritu, senyum sampai ke petang Kak Dee haritu,” katanya gembira.

Lokasi kiosk coklat kak Dee bertempat di Paragon Market Place, Jalan Tampoi, Johor Bahru bakal beroperasi hingga 31 Ogos ini.

Kiosk Kak Dee juga dah masuk kali ke tiga berada di sana.

“Kiosk akan dibuka setiap dua minggu dalam sebulan. Untuk bulan ni, 17-31 Ogos.

“Sama juga untuk bulan seterusnya, dalam masa dua minggu saya akan ada di sana. Kalau nak tahu keenakan coklat Chocodap’s ni, orang di sekitar JB boleh singgah ya,” pesan kak Dee.

All the best, Kak Dee. Semoga bisnes coklat Kak Dee terus sukses di masa akan datang!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment