Sibuk di sekolah bukan alasan, Ustazah Izzah latih anak-anak berniaga…siap buka kiosk!

Kesibukan sebagai guru sekolah di Meru, Klang tak dijadikan alasan untuk menolak pekerjaan sampingan.

Mutiaizzah Mohamad @ Ustazah Izzah yang aktif sebagai ejen Chocodap’s sejak 2019 tidak menyangka perjalanannya sebagai usahawan coklat bergerak sejauh ini.

Malah kini dia bersama anak-anak mengusahakan kiosk coklat Chocodap’s di Lotus Setia Alam.

“Walaupun sibuk dengan tugas di sekolah, saya seronok berniaga. Macam sekarang anak-anak bergilir jaga kiosk dekat dalam Lotus.

“Bila ada masa lapang saya akan turun padang. Saya ada tujuh orang anak. Dua anak saya yang berusia 21 tahun dan 20 tahun bantu jaga kiosk.

“Minat berniaga memang ‘menurun’ ke anak-anak. Macam yang masih dekat sekolah rendah, mereka ada bawa ke sekolah untuk jual ke kawan-kawan. Alhamdulillah seronok tengok minat berniaga dah ada dalam diri mereka sejak kecil,” kata Izzah.

Tambah Izzah, dia kini dalam proses mencari pekerja tetap untuk memantau kiosk sementara dia bertugas di sekolah.

Berkongsi pengalaman bersama Chocodap’s, Izzah memberitahu pada awalnya suami tidak berapa menyokong untuk berniaga coklat.

“Agaknya masa tu tak nampak sangat result. Tapi bila setiap hari dapat fast cash, result depan mata. Suami mula percaya bisnes jual coklat ni mudah diterima dan sentiasa ada demand.

“Hasil berniaga coklat juga saya dapat bantu apa-apa yang patut di rumah.

“Antaranya saya tukar pagar automatik di rumah. Setiap kali keluar rumah tengok gate, tersenyum bangga saya lihat result berniaga.

“Saya juga dapat bantu abah di kampung, beli kereta untuk abah (bayar ansuran dengan duit jualan bulanan Chocodap’s). Alhamdulillah rezeki abah.

“Walaupun saya bergaji tetap, dengan duit hasil Chocodap’s saya dapat menyimpan. Maklumlah tiga anak saya sedang ikuti pengajian di universiti. Perlu ada simpanan kukuh untuk mereka guna di Universiti. Setakat ini saya tidak ambil sebarang loan pelajaran, semua sendiri. Alhamdulillah,” kata Izzah yang pernah terima ganjaran barang emas pada tahun 2020.

Untuk info, hasil jualan berkumpulan Izzah pada tahun 2021 berjumlah RM 141,150.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment