Kisah Kak Jaja: Niat mencuba, akhirnya jatuh cinta!

Berawal sekadar mencuba akhirnya membawa Jaja serius meneroka bidang bisnes coklat.

Jaja atau nama sebenar Ros Aniza Mohd Arif mengakui Chocodap’s merubah pandangannya mengenai alam perniagaan.

“Mula-mula saya sekadar nak cuba saja. Tak sangka dah tiga tahun bersama Chocodap’s, banyak pengalaman yang saya dapat termasuk kewangan keluarga yang semakin baik.

“Alhamdulillah dengan bisnes coklat saya dapat bantu suami apa yang patut. Sebagai suri rumah sepenuh masa, seronok bila ada pendapatan masuk walau bekerja dari rumah. Alhamdulillah seiring masa saya dah dapat rentak berniaga. Makin lama makin syok,” katanya ceria.

Jaja juga merupakan pengasuh kanak-kanak

Mula mengenali jenama Chocodap’s selepas membeli coklat melalui rakan sahabat yang juga ejen Chocodap’s seterusnya mula terpikat dengan rasa Chocodap’s.

Yakin dengan kualiti disajikan, Jaja terus mendaftar sebagai Dropship.

“Bila dah mula menjual sudah pasti banyak momen yang saya ingat. Ada suka ada duka. Teringat waktu fasa awal pandemik, bila dapat keluar rumah hantar coklat ke pembeli. Indahnya hidup waktu itu dapat lihat dunia luar. Sambil tu dapat bantu suami dari segi kewangan, beli barang keperluan rumah.

“Bahagian duka pun ada bila saya tertinggal coklat dalam kereta. Cair sikit tapi tak apa bukan rezeki saya. Saya dan suami nikmati coklat sama-sama. Alhamdulillah rezeki juga buat kami,” katanya.

Adat berniaga pasti ada pasang surut tetapi Jaja tetap terus melangkah kuat demi masa depan keluarga.

Jika ada rezeki, Jaja impikan untuk membuka sebuah butik coklat satu hari nanti.

“Saya juga nak bantu ahli keluarga lain. Bantu mak dan mak mertua juga suami selesaikan urusan pembelian rumah baru kami nanti. Doakan bisnes saya terus cemerlang. Siapa tahu dalam ramai yang membaca ni, ada doa anda yang dimakbulkan. Insya Allah,” akhiri Jaja.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment