Minat berniaga dari usia tujuh tahun, ustazah Husnina bakal usahakan kiosk Chocodap’s

Minat berniaga sejak remaja tidak pernah pudar meskipun dirinya kini bergelar guru.

Puan Siti Nur Husnina Abdul Aziz atau mesra dengan panggilan ‘akak coklat’ seawal usia tujuh tahun dia sudah mula membantu ibunya menjual kuih.

“Minat berniaga sejak dari darjah satu lagi. Saya masih ingat sebelum pergi mengaji saya akan hantar kuih yang disiapkan oleh mak ke kedai. Bila dah selesai kelas, saya ambil semula bekas kuih. Sejak itu saya rasa seronok bantu mak berniaga.

“Atas permintaan salah seorang anak murid saya juga merupakan sebab saya memilih untuk berniaga coklat.

“Dia menyarankan untuk jadi ejen Chocodap’s. Dia memang penggemar Chocodap’s dan lepas dia sebut tu, saya pun mula mencari di Facebook.

“Alhamdulillah saya nampak nama agen dekat Kemaman. Saya bermula sebagai Dropship. Memang seronok sebab permintaan sentiasa ada.

“Saya berada di bawah ejen Dungun. Lepas dah banyak kali restock coklat, King Huda panggil dan ajak untuk sertai sebagai ejen. Alhamdulillah sampai sekarang permintaan itu sentiasa ada. Ramai yang suka coklat dekat sekolah dan saya pula memang jenis minat berniaga. Memang seronok walaupun siang mengajar, petang kita hantar order,” katanya yang merupakan guru agama di Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu, Dungun.

Kongsi Puan Husnina, dia pernah meraih jualan peribadi sebanyak RM8,000 hasil jualan Chocodap’s.

“Saya berniat mahu berjaya dalam kerjaya sebagai guru dan usahawan. Impian saya nak bawa seluruh ahli keluarga saya ke Makkah, beli rumah dan kereta selesa serta membantu adik beradik untuk buat pendapatan sampingan. Insha Allah doakan saya sihat dan dipermudahkan mencari rezeki menjual Chocodap’s,” akhirinya.

Dalam pada itu, Husnina juga bakal memulakan booth Chocodap’s dalam masa terdekat dan bakal turun padang di acara terbuka sekitar Kuantan.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment