Lepaskan kerjaya di Singapura demi keluarga, Kogi tarik nafas lega lepas bertemu Chocodap’s!

Pernah bekerja di Singapura sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa, Kogila M Rajan atau nama timangannya Kogi berniat untuk menjalankan bisnes dari rumah memandangkan tiga anaknya sedang membesar.

Kongsi wanita berusia 29 tahun ini, dia mengakui ada kala perasaan untuk kembali bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

“Lepas berkahwin dan ada anak, saya letak fokus sepenuhnya kepada keluarga. Saya selalu beritahu suami yang saya nak kembali bekerja. Dalam masa sama, suami cadangkan untuk berniaga online sebab anak-anak pun masih kecil.

“Selepas bertemu dengan jenama Chocodap’s, hidup saya mula terisi dengan aktiviti yang saya enjoy iaitu berniaga coklat. Suami memberi sokongan 100 peratus dan itu yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk buat lebih baik dalam bisnes.

“Dalam masa sama, saya juga berterima kasih kepada leader saya iaitu Vasanthi yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bisnes Chocodap’s,” kongsi Kogi.

Jelas Kogi yang menetap di Kulai, dia merancang untuk membuka sebuah butik coklat di rumah selepas pandemik berakhir.

“Saya harap dapat ruang yang lebih besar dan selesa untuk letakkan stok coklat lebih banyak. Jadi ejen yang datang boleh ambil stok dari rumah saya selepas ini.

“Besar harapan saya dapat membantu lebih ramai suri rumah di luar sana untuk sama-sama menjana income hasil jualan coklat. Dalam suasana ekonomi tak menentu akibat pandemik, bisnes makanan adalah pilihan ideal setakat ini. Siapa je yang tak minat coklat? Dalam suasana ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, saya pasti coklat menjadi makanan wajib ada dalam rumah masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Kogi meraih pencapaian membanggakan apabila mencapai jualan berkumpulan sebanyak RM19,838.50 (Jun 2021) dan RM15,886 (Julai 2021).

Comments

  • KALPANA DASIKAMENEY
    08/20/2021 at 6:58 PM

    Congratulations Happy to see your success

  • Irajeswary
    08/20/2021 at 7:31 PM

    Congratulations

  • kogila
    08/22/2021 at 1:06 PM

    Thank You CHOCODAPS

  • Kavi Maran
    08/22/2021 at 2:22 PM

    Good luck sis.💞.. Semoga bertambah meningkat… All the best💕

  • Devi rajan
    08/27/2021 at 6:37 PM

    Congrats 💓

Add a comment