Jangan ambil mudah dengan Strok Haba, baca info ini sampai habis!

Bila anak mengadu sakit kepala selepas bermain di luar, jangan ambil mudah!

Lagi-lagi bila muka bertukar merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.

Strok haba merupakan keadaan serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.

Kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.

Orang awam juga perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu:

  • tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang.
  • elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
  • pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari.
  • mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung.
  • tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan di tempat letak kereta di bawah matahari terik.
  • memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis.

Orang ramai dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda awal penyakit berkaitan haba.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment