Dua kerja dalam satu masa, Mama Ryna kata bukan mudah tapi…

Bekerja namun dalam masa sama berniaga, bukan semua orang mampu lakukannya. Bagi Mama Ryna @ Salfarina Awaludin, dia menjadikan anak-anak sebagai kekuatan untuk terus kuat membuat dua kerja dalam satu masa.

Ibu empat anak yang merupakan kakitangan swasta ini mengaku ada kala berasa penat namun ia bukan penghalang untuknya meneruskan perjuangan.

“Zaman sekarang semua perlukan duit. Tambahan anak-anak membesar, sebagai ibu-bapa sudah tentu saya kena jari alternatif untuk jana income sampingan meskipun ada kerja tetap.

“Amat penting untuk ada kewangan mampan tambahan tinggal di ibu kota,” kata Mama Ryna.

Bermodalkan RM 500 dengan hasil mengumpul pada 2017, siapa sangka Mama Ryna mampu membuat jualan coklat mencecah Jutaan Ringgit pada 2021.

“Saya mula bisnes pada 2017. Masa tu saya kumpul duit RM 5 warna hijau letak dalam tabung. Cukup RM 500, duit itu saya buat modal berniaga.

“Pejam celik, Alhamdulillah nak masuk enam tahun saya bersama Chocodap’s dengan 700 anak team bersama,” katanya.

Wanita berusia 36 tahun ini juga berjaya membuktikan melalui bisnes coklat, dia mampu memberi keselesaan kepada anggota keluarga.

Ujar Mama Ryna, dia berhasil mengeluarkan belanja sebanyak RM 170,000 untuk kos ubah suai rumah baru yang dibeli di sebuah lokasi strategik di ibu kota.

Bukan itu sahaja, Mama Ryna dapat menabung duit simpanan untuk pendidikan anak-anak dan juga menerima ganjaran barang kemas dari Chocodap’s HQ atas pencapaian tahun sebelum ini.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment