Contohi kejayaan Chocodap’s, kak Yaz mula langkah buka kiosk kopi!

Tertarik dengan perjalanan bisnes yang diusahakan Ticer Sarah dan Encik Farhan selaku pemilik jenama Chocodap’s, Yazlina Saduri atau Kak Yaz memberitahu dia bercita-cita mengikut jejak langkah sama.

Kongsi Kak Yaz, selepas 25 tahun berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ibu empat anak ini memulakan perniagaan dengan membuka sebuah kafe sebagai pelaburan masa depan.

“Di samping itu, saya juga menggunakan coklat Mini Bite sebagai chocolate melt dalam salah satu menu kopi yang ditawarkan di sini. Kiosk kopi YS Cozy Coffee menawarkan kopi terbaik lingzhi yang dipelbagaikan dengan pelbagai adunan kreatif. Produk Chocodap’s Mini Bite juga merupakan antara kudapan istimewa di kiosk YS Cozy Coffee. Saya adunkan kopi lingzhi bersama Mini Bite untuk secawan Lingzhi Coffee Choco Melt lazat dan cukup digemari.

“Alhamdulillah respon baik di sini. Saya berpegang kepada kata-kata nasihat Ticer Sarah yang banyak memberi sokongan moral untuk berjaya dalam bisnes makanan dan minuman,” katanya.

Ujar kak Yaz, dia mengenali produk Chocodap’s melalui rakan lama yang dikenali sejak di zaman seuniversiti (UKM).

Sementara itu, Kak Yaz juga terlibat dalam projek Chocodap’s yang diletakkan di stesen Petronas terpilih sejak November lalu.

Comments

  • Yanti
    12/05/2022 at 1:47 PM

    Terbaekkk kak 👍👍👍Doakan yanti jugak dpt mengejar impian yanti tak lama lagi. Usia bukan penghalang kejayaan. Dengan izin Allah, kita pasti diberi kejayaan. Aamiin

Add a comment