Keluar zon selesa, Kak Bell buka kiosk Chocodap’s di Selayang Mall tahun depan

Meskipun sibuk dengan jadual harian sebagai pengasuh sejak tahun 2020, Kak Bell @ Nabila Nordin tetap meneruskan bisnes Chocodap’s seperti biasa.

Buktinya Kak Bell sempat membuka di dua lokasi iaitu di Gombak dan Bandar Baru Selayang.

“Sempat juga curi masa bila hari cuti kak Bell berniaga di booth. Selepas itu kak Bell hantar coklat ke booth kawan-kawan. Menariknya ada rakan baker yang buat kek tapak kuda guna Mini Bite untuk jual. Memang sedap!

“Setakat ini ada tiga tempat. Jarang buka kebelakangan ini memandangkan tuntutan tugas mengasuh budak. Insha Allah ini tahun terakhir kak Bell mengasuh kerana tahun depan nak fokus berniaga di kiosk pula. Sedih memang sedih sebab dah hampir tiga tahun mengasuh budak. Tapi kak Bell nekad untuk mula sesuatu baharu tahun depan,” katanya ketika dihubungi.

Kak Bell yang menyertai Chocodap’s sejak Jun 2018 memberitahu akan mula membuka kiosk di Selayang Mall bermula tahun depan.

“Doakan agar segalanya dipermudahkan urusan. Kak Bell memang dah rancang nak tumpu berniaga pula.

“Sedih nak tinggalkan tugas mengasuh tapi azam tahun baru, kak Bell nak usahakan betul-betul berniaga cara offline pula. Insya Allah.

“Kak Bell akan kongsi lokasi kiosk nanti. Insha Allah memang dalam Selayang Mall,” katanya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment