Chocodap’s kini di Kedai Roti Canai Arang Melaka

“Sambil kerja di kedai makan, saya ambil peluang buka booth Chocodap’s sama. Mana-mana pelanggan yang datang ke kedai, pasti boleh nampak Chocodap’s dekat sini,” kata ejen Chocodap’s Melaka, Zaiton Jaafar.

Buat anda yang datang ke kedai makan roti canai kayu arang, Melaka, Kak Zaiton mula membuka booth Chocodap’s sejak Februari tahun lalu lagi.

“Masa mula berniaga, saya hanya letak coklat atas meja dalam kedai. Tapi bila dah ada modal lebih sikit saya dapatkan pakej mini unicorn agar nampak lebih profesional dan sedap mata memandang.

“Ramai yang datang makan di kedai singgah rasa coklat di mini booth. Alhamdulillah sambutan amat baik.

“Syukur diberikan rezeki dapat ‘bertapak’ di kedai makan yang pelanggannya ramai,” katanya yang bekerja di kedai milik kakak iparnya.

Ibu empat anak ini turut berkongsi, anak-anak sering membantunya memantau booth Chocodap’s ketika dia sibuk berniaga.

“Saya ditugaskan menjaga bahagian jualan nasi lemak. Bila saya sibuk, anak-anak akan bantu ambil alih.

“Alhamdulillah respon amat baik di sini,” ujarnya ringkas.

Orang-orang di Melaka kalau singgah ke roti canai arang, boleh dapatkan Chocodap’s di sana ya kerana pelbagai pilihan coklat tersedia!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment