Buka booth di UTC Alor Setar, Kak Nona masih ligat berniaga di usia 63 tahun!

Bermula sebagai pembeli, akhirnya Zainun Mat Lazim jatuh cinta seterusnya nekad bergelar penjual coklat.

Wanita asal Perak ini memulakan karier sebagai ejen Chocodap’s sejak Januari 2022 dan terus aktif sehingga kini.

“Mulanya nampak iklan di Facebook. Saya memang minat makan coklat. Jadi saya DM ejen Noraini untuk beli.

“Saya masih ingat waktu tu hari jadi saya, Noraini ajak saya untuk join sebagai ejen Chocodap’s. Memang mula niat nak beli, tapi tak sangka melekat sampai sekarang jual coklat. Alhamdulillah memang best,” katanya ketika dihubungi.

Buat masa ini, Kak Nona membuka sebuah booth Chocodap’s di UTC Alor Setar yang beroperasi sejak November 2022.

Bercerita pengalaman tak boleh dilupakan pula, Kak Nona berkata pernah sekali coklatnya cair ketika dibawa ke Kuala Lumpur kerana kehabisan Ice Pack waktu itu.

Namun begitu, Puan Zainun atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nona ini mengaku teruja bercampur seronok setiap kali coklat habis dijual.

Kalau nak tahu, Kak Nona walaupun sudah berusia 63 tahun, dia masih ligat berniaga coklat ke sana sini. Hebat bukan?

Semoga terus dimurahkan rezeki dalam bisnes & dikurniakan kesihatan yang baik kepada Kak Nona, Insha Allah.

Comments

  • Zainun Binti Mat Lazim
    04/06/2023 at 1:53 PM

    Saya nak buat sampai jadi

Add a comment