Booth Chocodap’s Lotus Taiping kini dibuka sepanjang tahun!

“Hasil kerjasama dengan Cikgu Sakinah, alhamdulillah akhirnya kami berjaya membuka booth Chocodap’s di Lotus Taiping. Insha Allah sampai hujung tahun,” kata ejen Norashikin Yusoff.

Kata Puan Shikin atau mesra sebagai Kak Chik, respon diterima amat menggembirakan setakat ini. Dibantu oleh dua pekerja, Kak Shikin nak ajak anda yang tinggal di Taiping dan kawasan berhampiran untuk singgah ke booth.

Macam-macam coklat keluaran Chocodap’s tersedia antaranya Almond White Tiramisu, Mini Bite, Classic Chocodap’s, Truffle Yogurt dan banyak lagi.

Kak Chik sebelum ini memberitahu mahu teruskan perjuangan membantu lebih ramai wanita di luar sana bangkit mengatasi masalah kewangan dengan berniaga.

“Dalam bisnes mesti ada cabaran. Tipulah kalau cakap tiada. Apa yang saya buat masuk kelas, ambil ilmu berkait masalah kita tengah hadap. Jangan bila ada masalah duduk diam, merenung nasib. Itu tak akan ubah apa-apa,” katanya.

Pelbagai jenis coklat tersedia di Chocodap’s Lotus Taiping, Perak

Untuk tahun 2022, Kak Chik berjaya menjana hasil jualan pendapatan berkumpulan sebanyak RM 556,009 untuk tahun 2022.

Hebat bukan? Kalau Kak Chik boleh buat, anda pun pasti boleh!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment