‘Ilmu, circle positif ada di sini’- Suhana Che Ibrahim

Berawal dari ‘suka-suka’ lama kelamaan bertukar jadi karier. Ejen Chocodap’s Su atau Norsuhana Che Ibrahim dari Bentong, Pahang memberitahu minat berniaga bermula selepas melihat kejayaan usahawan senior.

Sebulan mencuba akhirnya Su mengambil keputusan bergiat aktif mengusahakan perniagaan Chocodap’s dalam talian.

Bukan itu sahaja, percubaan selepas sebulan membuahkan hasil positif membuatkan Su semakin ‘galak’ berniaga.

“Maaf saya baru nak masuk dua tahun berniaga. Kalau nak bandingkan dengan ejen lain, mungkin jauh lagi tapi perasaan itu tak terasa bila saya dikelilingi circle yang sangat positif. Mereka banyak bantu saya belajar benda baru dan mengawal emosi dalam bisnes.

“Mula-mula saya salah sorang customer. Nampak dekat Facebook salah seorang leader Chocodap’s. Bila dah order, baca pula respon peniaga lain. Tergerak rasa nak cuba-cuba.

“Bila dah try, Alhamdulillah respon sangat bagus. Saya teruskan sampai ke hari ini,” kata Su.

Chocodap’s milik Su dijual di kedai vendor

Berkongsi cerita pengalaman, Su memaklumkan adat berniaga pasti ada fasa turun naik tetapi pengalaman pun turut ikut sama.

“Memang ada waktu kita struggle, itu adat niaga. Tanya lah mana-mana orang berniaga pasti ada rintangannya. Saya seronok berada dalam circle yang positif walau dalam apa jua keadaan.

“Kadang-kadang sesat cari rumah customer, nak adjust waktu hantar coklat memandangkan saya kena ikut jadual cuti suami. Itu semua cabaran saya sebagai peniaga coklat tapi saya seronok. Paling utama saya nampak hala tuju bila dalam bisnes ini. Insha Allah saya nak buat yang terbaik untuk family.

“Kalau boleh saya nak ada simpanan yang selesa untuk mak ayah, suami dan anak-anak. Sebagai suri rumah, bila ada duit sendiri saya seronok. Alhamdulillah,” kata Su.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment