Bekerjaya tetap tidak halang Kay cari duit ‘poket’ dengan Chocodap’s

“Tak sangka walaupun sifat Introvert sangat menebal dalam diri, saya berjaya kikis karakter itu perlahan-lahan bila join Chocodap’s,” jelas ejen Khairin Zawawi @ Kay.

Mesra disapa sebagai Kay, wanita yang merupakan penjawat awam ini berkongsi pengalaman menarik sepanjang menyertai Chocodap’s sejak dua tahun lalu.

Berawal dari sahabat lama, Kay memberitahu dia ternampak status iklan Chocodap’s di sosial media rakan, Hajar.

“Kebetulan memang tengah cari ‘lubang’ nak buat side income. Saya pun join sebagai Dropship pada mulanya.

“Masa tu tengah sarat mengandung dan sambutan Alhamdulillah sangat baik. Lepas bersalin saya sambung promosi dan nekad untuk join sebagai ejen pada Jun 2020.

“Saya jual produk yang saya sendiri makan dan sudah tentu saya suka. Baru lah yakin nak menjual sebab saya sendiri penggemar Chocodap’s,” katanya penuh yakin.

Kata Kay lagi, dia bersyukur suaminya menyokong penuh usaha untuk menjual Chocodap’s malah membantunya ketika membuka booth di Sapura, The Mines.

“Dia bantu edar flyers. Maklum saja saya ni pemalu sedikit orangnya.

“Mencabar juga nak approach orang ramai yang lalu lalang depan booth. Alhamdulillah we did it well!

“Insha Allah jika diberikan peluang saya nak buat sungguh-sungguh lagi kerana niat saya nak taja mak tunai Umrah dengan hasil berniaga coklat,” katanya.

Bukan itu sahaja, Kay juga berhasrat memiliki income sampingan mencecah empat angka setiap bulan dengan Chocodap’s.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment