Umur baru 19 tahun, Jihah atur langkah cari duit poket sendiri

Siapa sangka usia seawal 19 tahun, Nur Najihah Abdul Karim @ Jihah sudah mula berfikir jauh untuk mempunyai simpanan wang untuk kegunaan masa depan.

Enggan membuang masa, Jihah mula mengatur langkah memulakan bisnes coklat Chocodap’s di Kuala Krai, Kelantan sejak 2021.

Pelajar Maahad Rahmaniah, Kuala Krai ini mula tertarik sertai Chocodap’s selepas melihat iklan di media sosial.

“Mula-mula saya abaikan saja dan terus cari jenis bisnes lain. Memang plan saya untuk mula bisnes tapi tak terfikir nak jual coklat pada mulanya.

“Tapi bila iklan lalu semula di feed, saya mula tertanya dan fikir semula. Jual coklat senang untuk semua. Tak renyah. Boleh simpan dalam peti dan tahan lama. Saya percaya kawan-kawan seusia ramai yang suka coklat, jadi apa salahnya saya cuba. Tambahan, Chocodap’s produk dijamin halal dan kualiti rasa memang terbaik,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Jihah memberitahu dia juga berniat membantu ramai golongan kurang berkemampuan dengan rezeki yang diterima.

“Dulu sedih sangat bila nampak orang susah tapi saya tak boleh nak bantu banyak. Kalau nampak pakcik makcik susah tepi jalan saya jadi sebak.

“Niat saya nak ada simpanan duit banyak. Kalau dah berjaya dalam bisnes saya nak tolong ahli keluarga untuk hidup lebih selesa dan juga orang sekeliling.

“Saya harap dengan duit poket yang dapat habis bisnes coklat, saya tak susahkan kedua orang tua kalau nak beli barang keperluan. Saya akan usahakan sendiri, Insha Allah. Doakan saya berjaya dunia Akhirat,” katanya.

Terdahulu, Jihah yang aktif di Instagram ini pernah meraih hasil jualan coklat paling tinggi sebanyak RM 2500.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment