TERBAIK! Lepas beli rumah Kak Nad buka butik coklat pula

Kedatangan Ramadan tahun ini lebih bermakna buatnya! Ini kerana cita-cita untuk memiliki butik coklat di Juasseh, Negeri Sembilan milik Kak Nad atau nama penuhnya Nurul Nadhirah Abdul Jalal akhirnya menjadi kenyataan.

Kongsi Kak Nad, butik coklatnya sudah mula beroperasi sejak 15 Mac lalu.

“Syukur Alhamdulillah impian Kak Nad dan suami untuk ada kedai sendiri terlaksana. Kini kami ada ruang untuk letakkan coklat di tempat lebih sesuai dan selesa. Anak ejen atau pembeli nak datang pun lebih senang.

“Kedai dengan keluasan 1170 kaki persegi ini terletak di Bahau iaitu sebaris Maybank, berhadapan balai bomba. Doakan agar bisnes Chocodap’s makin maju di sini dan makin dikenali,” katanya.

Tambah Kak Nad, dia kini memiliki empat orang kakitangan termasuk dirinya yang akan turun padang memantau butik.

“Saya harap dengan berdirinya butik di sini dapat lagi memperkukuhkankan hebahan tentang kelazatan chocodaps dan membantu ramai lagi masyarakat untuk dapat manfaat income dengan menjual coklat,” katanya.

Terdahulu, Kak Nad atau nama penuhnya Nurul Nadhirah Abdul Jalal yang merupakan antara usahawan berjaya Chocodap’s menyifatkan tahun 2021 antara tahun cukup bermakna apabila berjaya memiliki kediaman baharu yang luas dan selesa iaitu sebuah rumah teres yang terletak di Juasseh, Negeri Sembilan.

Haaa tunggu apa lagi, mana tahu giliran anda pula lepas ini untuk miliki rumah idaman dengan berniaga coklat.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment