Kalau dulu, Puan Siti Rafia’ah Salihin pernah bekerja eksekutif perakaunan di salah sebuah syarikat perkapalan, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan karier dan fokus dengan keluarga lebih-lebih lagi ibunya yang tidak sihat dan memerlukan pantauan rapi.
Tak pernah menyesal dengan keputusan dibuat, wanita berusia 47 tahun ini menyifatkan aturan Allah SWT untuknya amat indah.
“Waktu itu arwah mak masih sakit. Jatuh sakit pada hujung 2018, saya nekad berhenti kerja dan fokus jaga arwah mak. Arwah sakit tua dan meninggal dunia dua minggu Aidilfitri 2020 ketika pkp pertama dilonggarkan. Tak ralat sebab tinggalkan karier lama kerana saya lega dapat jaga arwah emak hingga hujung nyawanya.
Sebenarnya pada awal nya saya dah join Chocodap’s sebagai dropship pada awal 2019 atas dasar suka-suka sebab anak-anak Suka makan & kawan-kawan pun Suka share order & juga atas pujukan leader saya untuk upgrade sebagai agent pada September 2019. Walaupun ketika saya dah upgrade sebagai agent saya masih Tidak terfkir untuk serius bisnes Chocodap’s sebab masih fokus dengan arwah mak yang masih sakit Dan memerlukan perhatian yang khusus.
“Selepas arwah pergi baru saya terfikir untuk buat sesuatu seperti bisnes online. Oleh kerana dah terbiasa berdikari dengan mencari duit poket sendiri, walaupun office lama offer untuk kembali bertugas tapi nekad tidak mahu kembali bertugas di pejabat memandangkan faktor usia semakin meningkat, waktu itu baru terfkir untuk serius dengan Chocodap’s dan terus seriuscberniaga sehingga ke hari ini,” katanya memulakan bicara.
Puan Siti yang menetap di Telok Panglima Garang, Klang ini mengakui tertarik dengan modul bisnes yang ditawarkan Chocodap’s yang dianggap teratur dan sistematik.
“Selain coklat ini ada sijil Halal, saya sendiri suka makan Chocodap’s kerana rasanya yang tak terlalu manis. Yang sedang-sedang gitu!
“Modul bisnes yang disediakan juga mudah untuk saya faham dan sangat sistematik. Saya hanya perlu iklankan produk coklat tempatan ini sebaiknya menggunakan platform media sosial setiap hari.
“Alhamdulillah sambutan diterima baik sekali. Saudara dan kenalan rapat banyak sokong dengan membeli. Mereka juga sukakan rasa Chocodap’s,” katanya.
Berkongsi soal cabaran berniaga, Puan Siti tidak menafikan memang ada pengalaman sukar sepanjang berbisnes sepenuh masa.
“Hati kena kental sebab kita deal dengan pembeli, orang yang baru kita kenal pun ada. Ambil kritikan yang diterima sebagai pemangkin semangat untuk lakukan yang terbaik lagi di masa depan. Pernah juga ada customer yang reject coklat saya jual, katanya mahal. Tetapi bila satu peluang tertutup, Allah SWT akan buka banyak lagi pintu rezeki untuk saya. Percayalah, coklat memang ada demand yang besar di mana-mana. Kalau cara menjual betul pasti customer akan datang beli lagi dan lagi,” katanya.
Bukan itu saja, Puan Siti juga menerima barang kemas pada Jun lalu sebagai ganjaran daripada pihak Chocodap’s HQ.
“Bukan satu tapi tiga bentuk cincin emas saya reedem, satu untuk saya 2 lagi untuk 2 Anak dara. Alhamduillah dapat berkongsi rezeki dengan anak2.. Seronok sangat bila usaha kita dihargai oleh founder dan CEO, Chocodap’s iaitu Ticer Sarah dan Boss Farhan. Insha Allah selagi badan ini sihat, saya mahu terus bersama Chocodap’s,” akhiri Puan Siti.