Honda untuk Bonda, Tahniah Ticer Sarah!

Kalau dulu sekadar mampu lihat je kawan-kawan beli kereta. Apa lagi nak beli untuk mak abah, mampu tengok sahaja dari jauh.

Tergugat juga iman tengok kawan-kawan pandu kereta selesa macam Honda atau Toyota, dalam hati Ticer membuak-buak nak memilikinya satu hari nanti.

Kalau nak tahu, kereta jenama Honda memang kereta idaman Ticer sejak dulu lagi. Waktu masih bekerja makan gaji, tak mampu nak beli Honda memandangkan ada dua kereta, satu untuk sendiri manakala satu untuk mak abah. Waktu tu mampu beli Proton dan Perodua sahaja.

Alhamdulillah syukur salah satu 101 impian ticer tercapai hari ini!

Hari ini, hasil kerja keras membangunkan Chocodaps, Ticer dan suami berhasil menghadiahkan Toyota untuk ibu mertua dan Honda untuk mak abah. Saga lama Ticer pula diberi kepada kakak ipar.

Ticer percaya rezeki yang dipinjamkan hari ini hasil berkat doa mak abah, guru-guru, ahli keluarga dan orang sekeliling kami yang tidak pernah putus.

Berniaga bukan untuk kesenangan sendiri atau keluarga sahaja malah kami juga mahu bantu orang sekeliling termasuklah pekerja dan usahawan. Kami yakin setiap apa yang kami dapat, mereka pun akan dapat benda yang sama.

Semua ni buat ticer semakin komited, konsisten & terus bersemangat nak teruskan perjuangan bina bisnes Chocodap’s ini sehingga ke puncak kejayaan.

LET’S SUCCESS MAKE NOISE 🤜🏻🔥🤛🏻

Ticer Sarah
Founder Chocodap’s
Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment