Tak berharap duit suami, dapat beli kereta, komputer…Jaya seronok berniaga Chocodap’s!

“Tak mahu susahkan suami jadi saya buat sesuatu yang boleh dilakukan di rumah memandangkan saya seorang suri rumah,” kata Jayandi A/P Subramobiam.

Mesra disapa sebagai Jaya, suri rumah berusia 45 tahun ini gembira dengan perubahan dilalui selepas menyertai Chocodap’s sejak Ogos tahun lalu.

“Kalau sebelum ini saya banyak bergantung kepada suami kalau nak beli sesuatu, kini tak lagi. Dah ada duit sendiri, saya rasa lebih yakin.

“Soal duit saya tak perlu risau lagi memandangkan ada saja pendapatan yang masuk hasil berniaga coklat.

“Suami juga bangga melihat usaha saya bersama Chocodap’s,” katanya.

Ibu kepada tiga orang anak memberitahu dia berhasil menerima gaji lebih daripada RM 3000 setiap bulan di Chocodap’s.

Bukan itu sahaja, Jaya berhasil membeli kereta idamannya sebuah Honda Accord dan juga sebuah komputer untuk kegunaan bekerja.

“Walaupun berniaga dari rumah, hasilnya tetap lumayan macam bekerja di pejabat. Adat berniaga, harus ada usaha setimpal untuk pulangan lumayan.

“Kalau dulu saya tak ada duit untuk bantu adik beradik. Tetapi sekarang dah tak runsing lagi bila nak bantu adik beradik bila mereka perlukan bantuan,” katanya.

Jaya yang menetap di Yong Peng, Johor ini berkongsi jumlah jualan berkumpulan tertinggi yang pernah diraih adalah RM 17,000. Dalam masa sama, hasil kerja keras, Jaya juga pernah menerima emas percuma daripada pihak Chocodap’s HQ.

Semoga terus sukses, Puan Jaya!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment