Siapa kat sini bila singgah stesen minyak Petronas mesti nk pusing-pusing dulu dalam kedai mesra dulu? 😍
Mesti korang pernah nampak Chocodap’s dalam tu kan? 😋
Salah sorang ejen Chocodap’s, Izzati Abdul Halim berkongsi pengalaman menarik jual secara offline di stesen minyak Petronas.
Pengalaman menarik?
🍫 Dah pasti ada banyak kisah suka duka sepanjang perjalanan supply Chocodap’s di Petronas ni. Pengalaman manis adalah bila stock Minibite Chocodap’s habis terjual di Petronas. Terjual sikit pun saya dah happy sebenarnya. Tapi bila stock habis langsung terjual di Petronas perasaannya seronok sangat! Syukur Alhamdulillah. 🤲🏻🤲🏻
🍫 Ada stesen Petronas dah restock kali ke-3 setakat ini. Terutamanya stesen di Highway-highway utama.
🍫 Ada stesen Petronas yang mesej mintak restock & minta stock lebih supaya mereka tidak terputus stock di stesen mereka. Lagi-lagi bila waktu musim perayaan atau cuti sekolah.
🍫 Pengalaman manis juga bila stesen Petronas bagi kebenaran untuk masuk produk Chocodap’s yang lain juga. Setakat ni ada stesen Petronas yang saya dah supply Minibite 220g, Minibite 90g, Truffle Yogurt & terbaru adalah Chocojar.
🍫 Lebih menarik, saya dah mula masuk produk Chocodap’s di stesen minyak Shell juga. Alhamdulillah setakat ni diterima baik oleh pihak stesen.
Cabaran sepanjang berniaga Chocodap’s di stesen minyak?
🍫 Antaranya ada stesen yang kurang laku produk Minibite Chocodap’s ni. Tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Kadang-kadang orang cuma perlukan masa sahaja untuk nampak produk tersebut.
🍫 Pernah juga coklat rosak akibat terlalu sejuk di stesen. Jadi saya perlu tarik semula produk tersebut dah gantikan dengan yang baru.
🍫 Untuk bermain game offline ni kene pandai pusing stock. Mana yang kurang laku, ambil balik stock dan mula jual terus kepada customer. Jangan tunggu lama. Tambah pula produk makanan ada expired date.
🍫 Pengalaman banyak mengajar lebih pandai mengurus stock. Alhamdulillah itu adalah ilmu mahal yang saya peroleh sepanjang pengalaman supply produk Chocodap’s di stesen Petronas.