‘Syok’ jumpa pembeli di AEON Shah Alam, Eifa rancang teruskan berniaga offline

Pengalaman berniaga dari booth ternyata memberi banyak pengalaman manis buat Sharifah Hazariah Syed Nazri @ Eifa.

Kongsi Eifa, keserononakan berniaga secara offline membolehkan dia berdepan dengan pembeli dari pelbagai peringkat.

“Seronok sangat berniaga offline, saya dapat beri sendiri tester kepada pembeli. Bila tengok wajah mereka makan Chocodap’s, puas sangat hati.

“Ramai yang datang cuba dan terus beli. Ada juga yang datang singgah lepas tengok live dari Tiktok pempengaruh (influencer) Uci Luna,” katanya ceria.

Tambah Eifa, ada beberapa selebriti yang singgah ke booth antaranya pelakon Syatilla Melvin dan Amyra Rosli.

“Ada yang datang beli dan ada juga yang saya beri untuk rasa dan promote. Kebetulan masa tu ada penggambaran di kiosk sebelah, kita bagi selebriti rasa keenakan Chocodap’s. Alhamdulillah mereka suka,” katanya.

Tambah Eifa, meskipun kontrak bersama Aeon Mall Shah Alam tamat pada 31 Disember lalu, Eifa bercadang untuk berpindah ke lokasi lain pada tahun ini.

Kata Eifa, dia akan lebih aktif menjual di Tiktok setiap hari dan merancang membuka kiosk di kedai makan tidak lama lagi.

“Doakan agar urusan saya nak mula buka kiosk semula dipermudahkan. Nanti saya beritahu di mana lokasi seterusnya.

“Untuk yang ada plan berniaga, saya nak ajak anda semua join Chocodap’s macam saya buat. Insha Allah kalau anda rajin berusaha, pasti hasilnya tidak mengecewakan,” katanya yang memperoleh jualan sebanyak RM 40,000 dalam tempoh empat bulan.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment