‘Sejak join Chocodap’s, duit tak pernah putus’ – Hanis Coklat

“Bila jual Chocodap’s ni, jujur kata Alhamdulillah duit tak pernah putus,” kata Pn Marila Ahmad atau mesra dipanggil Hanis Coklat.

Merupakan ibu tunggal kepada seorang anak, Hanis akui berdepan dengan cabaran kewangan sebelum ini membesarkan seorang anak bersendiri.

“Sejak Disember 2020, saya mula berniaga coklat. Dulu saya tak pandai berniaga, sekarang Alhamdulillah banyak saya dah belajar,” katanya.

Bercerita mengenai pengalaman berniaga Chocodap’s, Hanis menyifatkan banyak perkara ditempuhi sepanjang tiga tahun ini.

“Time COD coklat, kena berhujan, berpanas, semua saya dah rasa. Saya anggap itu bukan halangan tetapi tanggungjawab yang perlu saya laksanakan sebelum berjaya dalam bisnes.

“Saya juga nak berterima kasih kepada Mek Ja yang banyak ajar mengenai ilmu bisnes sepanjang bergelar ejen sehingga orang kenal saya sebagai Hanis coklat,” akhirinya.

Lebih istimewa, Hanis memperoleh jualan sekitar RM2000 sebulan. Itu yang menambah semangat Hanis untuk terus berjuang dalam Chocodap’s.

Yang nak dapatkan coklat sempena Hari Raya Aidilfitri di sekitar Melaka, boleh cari Hanis Coklat okay!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment