Rasa Chocodap’s ‘mengancam’ buat jiwa Kak As tak keruan!

“Mak aihhh, besarnya coklat ni,” itu reaksi Puan Asfaniza Abdullah kali pertama nampak Chocodap’s di depan mata.

Bukan saja kagum dengan saiz coklat yang tak ‘kedekut’ malah rasa yang ‘mengancam’ juga menarik minat dia untuk terus mengenali Chocodap’s lebih dekat.

“Sebab tak manis sangat, kak As jatuh cinta dengan Chocodap’s. Bila dah mula jadi customer timbul pula rasa nak berniaga.

“Waktu tu kak As kebetulan tengah usha produk yang boleh dijual. Masih ingat ketika itu kak As ada RM 1000 dalam tangan. Kalau tak beranakkan duit ni, memang habis lah jawabnya,” kata kak As yang meminati dunia bisnes online.

Selepas seminggu berfikir, kak As buat keputusan untuk sertai Chocodap’s. Tempahan pertama diterima ternyata kak As terkejut dengan maklum balas pembeli.

“Yang order bukan je di kalangan keluarga malah kawan kawan dan juga customer yang tak pernah saya kenal. Masya Allah, seronok tak terkata.

“Waktu tu kak As masih dropship. Bila dah ‘laku keras’ gitu, terus kak As daftar sebagai ejen dengan ambil lima kilogram coklat.

“Maka bermula jawatan sebagai penjual coklat. Ke sana ke sini saya hantar order. Terima kasih encik suami yang sanggup teman. Maklumlah waktu itu saya tengah sarat mengandung,” katanya dalam nada ceria.

Kongsi Kak As, banyak hal dia belajar sejak menyertai Chocodap’s pada 2019. Paling utama dia dapat ilmu bisnes yang konsisten sejak hari pertama sertai Chocodap’s.

“Tahun ketiga, ilmu yang saya dapat tak pernah berhenti setiap hari. Setiap minggu ada kelas untuk perbaiki teknik berniaga. Alhamdulillah, rezeki berjumpa Chocodap’s banyak ubah cara saya berfikir.

“Jatuh bangun bisnes adat dalam berniaga cuma cara kita kawal diri untuk terus kuat hadapi cabaran, itu yang saya belajar di sini. Jangan sesekali rasa selesa dengan hidup kerana kita tak tahu apa yang menanti di depan. Usaha, usaha, usaha sampai jadi,” akhiri kak As.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment