RAIH RM 900 dalam masa dua jam berniaga Chocodap’s di TikTok

Pernah mencuba berniaga beberapa jenis produk untuk berniaga, Noraziah Radzali atau Azya memberitahu dia memiliki alasan tersendiri tertarik dengan produk Chocodap’s.

Sebelum mengenali Chocodap’s, Azya yang berusia 36 tahun ini mengaku seronok dengan sokongan rakan sekeliling yang ada di Chocodap’s.

“Lepas berjaya dapatkan ijazah, saya bekerja di KL tetapi disebabkan tidak berapa sihat (hyperthyroidism) ditambah dengan stress, saya nekad pulang ke kampung. Saya juga berulang alik ke hospital untuk berjumpa doktor pakar.

“Saya mula buat bisnes antaranya jual kimchi buatan sendiri, kek, cookies, even pernah jadi wedding photographer sebab saya  memang suka photography.

“Tapi semua separuh jalan sebab tak ada ilmu. Semuanya berubah selepas saya kenal dengan Chocodap’s. Selain circle yang positif, saya jatuh cinta dengan rakan-rakan usahawan yang suka membantu antara satu sama lain. Itu yang buatkan saya tertarik untuk terus berada di sini sejak tahun 2020.

“Alhamdulillah dekat sini, pejam celik dah masuk tiga tahun dan keadaan bertambah lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Azya gembira melihat anak team berhasil menjana pendapatan lumayan dengan hasil menjual Chocodap’s.

Selain itu, Azya juga berhasil meraih jualan sebanyak RM 900 dalam masa dua jam di TikTok, baru-baru ini.

Selain itu, Azya juga pernah membuka booth Chocodap’s di AEON Mall Taiping pada penghujung 2021 selama seminggu.

“Baru-baru ini saya ada buka booth di majlis konvokesyen tadika Little Caliph. Seronok tengok kanak-kanak dapat rasa makan Chocodap’s, ramai yang minat makan coklat di sana,” katanya.

Untuk rekod, Azya pernah meraih jualan tertinggi berkumpulan sebanyak RM57,725 pada tahun 2021.

“Impian saya nak wujudkan sebuah butik coklat di Kuala Kurau suatu hari nanti.

“Saya nak bawa keluarga menunaikan Haji dan Umrah dengan hasil berniaga coklat jika diizinkanNYA, Insha Allah,” akhiri Azya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment