‘Perkataan Adalah DOA’, Nak Berjaya Kena Ubah MINDSET Dari Sekarang!

“Alaaaa tak boleh la. Boleh ke laku kalau jual benda ni? Ramai kot yang jual benda sama”

Ehem…pernah dengar tak ‘Setiap Apa Yang Kita Buat, Fikir, Niat Dan Sebut Adalah Doa’

Nak Berjaya, cuba ubah pemikiran untuk lihat semua hal dalam sudut positif yang membuatkan kita optimis.

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Apabila anda fikir mustahil anda akan berjaya, maka mustahil lah jadinya.

Dan sebaliknya jika anda fikir anda mampu berjaya menjadi jutawan dunia akhirat, InsyaAllah ia juga akan menjadi kenyataan.

Apa yang kita buat, fikir, niat dan sebut akan menurut sebagaimana yang kita setkan.

Oleh itu, betulkan segala tindakan, cara fikir, niat dan apa yang disebut setiap hari ke arah perkara positif untuk menarik segala yang positif di dalam hidup kita.

Andalah apa yang anda fikirkan!

Jika anda percaya anda akan berjaya, InsyaAllah satu masa nanti anda akan berjaya.

Dan sebaliknya adalah benar. Oleh itu, mari betulkan kepercayaan dan keyakinan bahawa kita akan berjaya.

Apa yang penting, kita bertindak sekarang dan terus berusaha. Hasilnya pula kita serahkan kepada Allah, bagaimana dan bila, untuk menjadikan impian dan kepercayaan kita satu kenyataan.

Semoga dapat kita amalkan cara fikir dan tindak di atas. InsyaAllah.

TEPUK DADA TANYA SELERA, mana satu pilihan anda?

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment