Penantian empat tahun berakhir, Choco Cafe kini beroperasi di Telok Panglima Garang!

Selepas hampir empat tahun, impian Siti Rafiaah Salihin akhirnya tercapai untuk memiliki sebuah kedai coklat.

Sebulan beroperasi, kedai ‘Choco Cafe’ yang bertempat di Telok Panglima Garang, Klang mula meniti di bibir penduduk setempat.

Kata Siti, usahanya menanti selama empat tahun ternyata berbaloi melihat pelanggan keluar masuk menikmati dan membeli coklat Chocodap’s.

“Syukur bermula dari rumah, sekarang saya sudah berniaga di kedai lebih selesa.

“Lebih teratur, orang ramai juga boleh datang bila-bila masa untuk dapatkan coklat sedap. Kalau di rumah dulu, agak terbatas untuk saya simpan stok. Sekarang tak perlu risau lagi. Semua ada di sini,” kata Siti.

Tambah Siti, sebelum Choco Cafe beroperasi, dia juga berdepan dengan cabaran tersendiri.

“Awalnya saya berniaga dari rumah tetapi stok coklat yang banyak, saya kena juga cari premis kedai yang sesuai.

“Bukan apa, lebih mudah untuk saya monitor stock coklat keluar masuk.

“Jadi saya mula berpindah ke sebuah kedai di Segi Fresh tetapi tidak lama memandangkan kedai agak terpencil dan ramai tak tahu tentang kewujudan lot kedai F&B di situ kerana kurangnya hebahan daripada pihak pengurusan,” katanya.

Bulan lalu, Siti kemudian berpindah ke sebuah kedai lebih strategik yang terletak di Telok Panglima Garang, Klang.

“Walaupun dalam kawasan kampung, Alhamdulillah kedai ini luas dan kawasannya juga strategik.

“Agak susah pada mulanya nak cari kedai yang jadi tumpuan laluan orang ramai dengan harga berpatutan. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan saya.

“Bila dah dapat ruang kedai luas n selesa, dapat saya display kesemua coklat di sini. Saya juga mengambil pendekatan mengembangkan konsep kedai coklat dan gabungkan dengan menjadikan sebuah kafe. Maka lahirlah nama CHOCO CAFE. Alhamdulillah. Untuk anda yang duduk berhampiran dan nak rasa keenakan Chocodap’s boleh singgah ke sini,” katanya memaklumkan Choco Cafe terletak di Kg Batu 10, Kebun Baru.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment