Kenangan lama mengusik jiwa…

Kenangan 2020 masa office kecil pertama kami di warehouse bawah rumah flat di Lembah Jaya Ampang. Kami start masuk sini September 2018. Mase dah confirm pindah masuk kedai ni, happy yakmat first time ada office. Sebelum ini kami berniaga kat rumah, bilik kecik jadi store, dah boleh pindah ke kedai macam ni. 

Kat sini jugak la NONA TV3 datang shoot story kami 🤭

Time ni consingment note kene tulis tangan, dari pagi sampai malam duduk dalam ni settlekan order bersama team yang masih kecil time tu. Berbuka puasa pun kat sini, duduk atas kotak jer. Lantai bawah tu pun semen jer bukan mcm lantai office sekarang.

Gambar-gambar lama sentiasa ingatkan kita, siapa kita dulu. Bagaimana kita bermula, supaya kita dapatkan tinggatkan lagi kesyukuran walaupun banyak cabaran sekarang, tapi banyak jugak nikmat yang Allah dah berikan pada kita.

Ayuh sahabat yang berniaga, anda semua hebat! Cabaran yang datang dalam bisnes merupakan satu peluang baru untuk kita lalui dan dapatkan hasil yang lebih baik, yang mana ia bukan untuk diri kita sahaja, tapi insan-insa tersayang yang bersama kita.

TANPA CABARAN, TAKKAN ADA PERUBAHAN❤️‍🔥❤️‍🔥

LET’S SUCCESS MAKE NOISE 🤜🏻🔥🤛🏻

Ticer Sarah

Founder Chocodap’s

Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment