“Dulu suami tak berapa support, sekarang dia yang paling excited bungkus coklat” -Pn Wani

Sejak total lockdown dilaksanakan tahun lalu, ramai yang memilih untuk memulakan bisnes demi meneruskan survival kehidupan. Apatah lagi di fasa pandemik, banyak syarikat yang menghentikan operasi dek terjejas dengan situasi semasa.

Bagi Syazwani Abdul Hamid @ Wani yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Banting, dia memulakan langkah berniaga atas sebab kewangan.

“Walaupun saya dan suami ada kerja tetap tapi niat nak cari duit lebih tu sentiasa ada. Maklumlah, kami ada tiga orang anak yang sedang membesar dan bersekolah.

“Sebelum saya join Chocodap’s, saya banyak jadi Dropship untuk beberapa jenama. Tapi sejak jumpa dengan jenama Chocodap’s, saya rasa sangat serasi malah suami yang pada awalnya tak berapa support untuk aktif berniaga, sekarang dia pula yang excited bisnes coklat,” katanya ketawa.

Tambah Wani, sebelum pandemik bermula, suaminya yang bekerja di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak lagi ditugaskan untuk bekerja overtime. Atas sebab itu juga, dia menerima gaji pokok sepanjang lockdown.

“Februari 2021, saya masih dalam fasa berpantang kelahiran anak ketiga. Tengah duduk di rumah sambil scroll Facebook, saya Nampak perkongsian leader saya iaitu Han mengenai Chocodap’s. Hati saya tertarik sebab saya memang sukakan coklat.

“Rasanya tak susah untuk kita jual benda yang kita minat. Jadi sya terus DM, leader Han. Alhamdulillah saya terus daftar jadi ejen. Lebih mudah sebab stok ada di tangan. Saya mula dengan membeli lima kilogram coklat.

“Tak sampai dua hari, licin coklat. Memang hebat penangan Chocodap’s,” katanya.

Lebih menyeronokkan apabila suami juga ikut aktif sama menjalankan bisnes Chocodap’s. “Dialah yang timbang, bungkus dan COD ke pembeli kalau saya sibuk di hospital. Alhamdulillah kawan-kawan di hospital juga banyak membeli. Syukur sangat-sangat rezeki yang saya terima melalui Chocodap’s” akhiri Wani.

Comments

  • Didi
    09/22/2021 at 11:55 AM

    Tahniah wani! Proud of you. Semoga lebih berjaya dan tercapai segala impian yg diimpi kan 😄

  • Muneeswaran
    11/29/2022 at 9:30 AM

    Partime job

Add a comment