Berawal sebagai pembeli, Nurul Izzati Azizi atau mesra dengan panggilan Izzati mengaku terpikat dengan rasa coklat luar biasa yang ada pada Chocodap’s.
Ibu dua anak ini memberitahu segalanya bermula pada awal tahun lalu selepas dia ternampak iklan Chocodap’s di Facebook.
“Teringin punya pasal saya pun cari lah di Facebook. Niat nak cari coklat yang boleh hantar ke rumah. Maklum waktu itu kes COVID-19 masih tinggi jadi saya tak keluar rumah melainkan ke tempat kerja.
“Kebetulan ada ejen yang boleh hantar terus ke depan rumah. Saya terus beli dan bila dah makan, keinginan nak membeli lagi tu membuak pula,” katanya ketawa.
Kongsinya, pada Februari 2021 dia mula mendaftar sebagai ejen Chocodap’s kerana dapat membeli coklat dalam kuantiti banyak.
Lebih menggembirakan apabila dia mula mengambil tempahan dari rakan-rakan dengan mempromosikan di media sosial. Ternyata sambutan diterima amat baik dan sejak itu Izzati mula aktif berniaga.
“Dulu saya kena tunggu hujung bulan kalau nak beli kehendak saya atau anak-anak. Sekarang sejak jual coklat, ada fast cash.
“Alhamdulillah rezeki sentiasa ada yang penting kena rajin. Hidup zaman sekarang kita tak boleh berharap pada satu pendapatan sahaja kalau nak selesa. Jadi saya berniaga coklat untuk keselesaan keluarga dan saya dapat bantu keluarga di kampung,” ujarnya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Sabak Bernam.