Dulu isteri kini giliran suami pula terbang tinggi bersama Chocodap’s!

Mula-mula isteri, lama-lama si suami pula ikut rapat sama!

Bagi Mohd Azhar Mat Ali, dia akhirnya memilih mengikut jejak langkah isterinya, Sakinah Harun untuk mengusahakan bisnes Chocodap’s selepas melihat bukti kejayaan di depan mata.

Azhar yang berusia 43 tahun ini memberitahu dia pernah mengusahakan perniagaan bakeri namun terpaksa akur dengan takdir apabila perniagaan mereka terpaksa menghentikan operasi buat selamanya.

“Bagi saya, bisnes coklat lebih mudah. Modal tak besar tapi untungnya banyak. Berbeza dengan bisnes yang pernah saya usahakan bersama isteri sebelum ini. Perlu sewa kedai, bayar bil-bil. Jadi bila dapat hasil, duitnya mengalir ke sana.

“Malah bisnes coklat, permintaan tinggi. Pelanggan biasa akan ulang-ulang membeli. Sekali dah rasa coklat, pasti suka,” kongsinya yang juga menjalankan perniagaan karpet bersama adiknya.

Azhar yang menyertai Chocodap’s sejak awal tahun ini memberitahu pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk bersabar dalam dunia bisnes.

“Jangan fikir hari ini kita berniaga, esok dah kaya. Semuanya perlukan proses. Saya pernah lalui jatuh bangun dalam bisnes sebelum ini.

“Bila di Chocodap’s, saya lebih tenang kawal situasi jika berdepan dengan masalah. Lebih seronok bila saya dapat berniaga, isteri sentiasa ada di sisi. Alhamdulillah, kami kini lebih tenang usahakan Chocodap’s bersama,” akhirinya.

Azhar berjaya meraih hasil jualan RM 5000 bagi jualan peribadi untuk Oktober 2021. Tahniah!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment