Dikhianati dalam bisnes, diuji penceraian…Mama Pya bangkit sampai jadi jutawan coklat, “Allah kan ada, kena bangkit bukan meratap nasib”

Nak sampai ke puncak memang lah tak mudah tapi juga tak susah, harus usaha sampai dapat!

Itu kata jutawan Chocodap’s, Safiyah Kamsani atau glamour dengan panggilan Mama Pya.

Terasa kejap je bila berpeluang berbual dengan Mama Pya yang super peramah.

Kongsi wanita berwajah manis ini, segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil selepas tiga tahun bersama Chocodap’s.

“Ada naik turun saya di sini. Semua ini proses. Jangan nampak bila sisi berjaya saja. Sebelum sampai ke sini, macam-macam dugaan saya dah lalui.

“Tahun 2019 melakar pelbagai pahit manis dalam kerjaya bisnes saya. Gegaran, ujian semua saya rasa pada tahun sama.

“Macam dunia nak runtuh bila saya pernah ditikam dari belakang oleh rakan bisnes, dijatuhkan dan emosi saya sudah tentu jatuh mendadak. Akibatnya sales saya ketika itu menjunam dengan jualan hanya RM 3000 sahaja.

“Nak bangkit? Ambil masa waktu itu. Tipu lah kalau saya kata saya kuat nak tempuh hari mendatang, dalam hati…’apa lagi agaknya akan jadi esok hari’. Tapi tak apa, Allah kan ada. Kena bangkit bukan meratap nasib!,” katanya penuh semangat.

Kata Mama Pya di awal fasa bersama Chocodap’s dia masih bergelar isteri dan suri rumah tangga sepenuh masa.

“Niat saya nak tolong suami. Tak mahu susahkan dia cari duit untuk kami sekeluarga. Jadi saya berniaga. Chocodap’s beri saya peluang dapat pegang RM 700 dan saya dapat beli baju raya untuk anak-anak.

“Tapi itu kisah 2 tahun lepas. Sekarang saya kembali solo dan mahu membesarkan anak-anak sebaik mungkin.

“Tak mahu toleh belakang lagi, saya nekad untuk bangkit. Dapat bina team saya sendiri, Masya Allah. Allah hadirkan orang-orang yang baik sekeliling saya selepas macam-macam dugaan saya dah lalui,” katanya penuh syukur.

Kata Mama Pya, hal pertama yang dia lakukan untuk bangkit adalah hadiri kelas ilmu marketing.

“Jujur saya kata energy yang saya terima melalui orang-orang sekeliling saya. Saya temui mereka di kelas ilmu marketing dan juga sudah semestinya di Chocodap’s. Vibe yang saya terima memang beri saya semangat.

“Kadang-kadang orang mesti tak percaya yang saya baru berdepan dengan kisah penceraian tetapi saya mampu harungi hari-hari dengan senyuman dan kekuatan. Semuanya datang atas izin Allah SWT dan juga orang-orang yang dihantar menemani saya dalam dunia bisnes, Alhamdulillah,” katanya.

Ujar Mama Pya, dia berjanji untuk terus kuat bersama Chocodap’s dan berharap dapat membantu lebih ramai lagi bakal usahawan di luar sana.

“ Bisnes adalah journey, lambat atau cepat, jangan pernah berhenti! Percaya cakap Mama Pya, you akan pasti akan sampai ke puncak. Paling penting modal paling besar adalah diri sendiri, kuatkan dalaman untuk hadap dunia bisnes.

“Kena sedar dalam bisnes memang income tak menentu. Jadi kalau siapa rajin pasti dia akan dapat banyak.

“ Awak nak ejen yg fighter, income tinggi, buat apa yang Allah suka macam bangun Tahajud tengah malam, kuatkan mental, kuatkan hati.

“Jangan pernah sombong dan ego kerana ia akan bunuh bisnes kita. Terakhir, jaga hubungan dengan orang sekeliling termasuk anak team dan leader kerana itu akan membantu kita untuk terus ke puncak,” akhiri Mama Pya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment