Dari pemilik butik ke penjual coklat, Hanees terus mara walau diuji

Gagal sekali tidak bermakna tidak boleh bangkit lagi. Wanita cekal kelahiran Kuala Lumpur ini memulakan cerita bagaimana dia mula jatuh cinta dengan bisnes makanan.

Akui Syuhaida Mohd Mansoor @ Hanees, tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini untuk bergelar penjual coklat memandangkan dia mengusahakan sebuah butik pakaian.

“Dulu memang fokus dalam bidang fesyen. Minat berniaga pakaian sejak dulu. Sampai satu masa, perniagaan jatuh merundum sehingga saya tak mampu nak bayar sewa kedai.

“Itu titik permulaan bagaimana saya boleh mula terjebak dalam dunia coklat. Kira macam lari bidang cuma saya rasa lebih lega sekarang dan seronok sebab dalam pulangan RM 500 seminggu,” katanya penuh ceria.

Bermula dari iklan Facebook, Syu memberanikan diri bertanya mengenai cara untuk mendaftar sebagai Dropship.

Menyertai Chocodap’s pada Ogos tahun lalu, Syu akui sudah melalui fasa turun naik sebagai usahawan coklat.

Tambah Syu, pernah suatu ketika dia diuji apabila coklat dalam stok rosak namun ia tidak mematahkan semangatnya.

“Kisahnya bila saya minta salah seorang rakan untuk jual di Shah Alam. Awalnya saya beri dalam keadaan baik cuma mungkin dia terlupa tinggalkan coklat dalam kereta dan terhimpit. Jadi rosak sebab ada yang cair dan bentuknya berubah. Tapi tak apa, bukan rezeki saya nampaknya tetapi semua dah selesai cara baik.

“Rugi RM 200 ketika itu. Tapi tak apa, saya anggap ujian yang buatkan saya jadi lebih kuat walaupun jumlah itu agak banyak untuk suri rumah macam saya.

“Apapun, saya bersyukur anak-anak jadi penguat semangat untuk saya terus konsisten menjual. Saya nak buat sampai jadi, berjaya macam leader Chocodap’s. Kalau mereka boleh, saya juga pasti boleh, ujarnya.

Coklat Chocodap’s di bawah Syuhaida boleh didapati di IG Shop, @butikcoklatsyu. Yang berminat boleh DM Syu segara ya!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment