Dapat melaram emas percuma tahun ni, tahniah Ummu Safwah!

“Meriah sambutan Raya tahun ni sebab dapat merasa sarung gelang emas baru,” itu kata Ummu Safwah Mohd Repangi @ Ummu yang teruja sambil menunjukkan ganjaran diterima daripada pihak Chocodap’s HQ, baru-baru ini.

Kongsi Ummu yang pertama kali berhasil menerima hadiah hasil kerja keras selepas menyertai keluarga Chocodap’s sejak 27 Jun 2020.

“Bukan saja fast cash setiap hari malah pelbagai ganjaran menanti kalau kita ada usaha jual Chocodap’s. Raya tahun ini lebih bermakna untuk saya, happy sangat. Saya memang dah aim untuk buat sales kaw-kaw tahun ini.

“Ya lah, dapat emas percuma. Siapa tak nak kan?,” selorohnya.

Ummu yang masih bekerja sebagai Pembantu Audit dan dalam masa sama masih aktif berniaga memberitahu dia lebih bersemangat untuk bekerja lebih keras di masa akan datang.

“Bila dah dapat emas free ni saya lebih semangat nak beri lebih lagi untuk dapatkan nilai emas yang lebih tinggi. Untuk anda di luar sana yang tercari-cari bisnes mudah, simple, fast cash yang cepat dan tak renyah rumah, Chocodap’s adalah pilihan terbaik!

“Saya bercakap atas dasar pengalaman yang saya lalui. Benda baik dan beri manfaat, saya pasti akan kongsi agar kita boleh berjaya bersama,” katanya.

Ummu turut berkongsi pesan kepada anda yang berminat sertai famili Chocodap’s agar tidak cepat berputus asa dan usaha selagi boleh.

“Kalau dalam sehari tak ada bisnes jangan down, itu lumrah bisnes. Jual apa pun kita tak boleh cepat give up. Kena teruskan perjuangan sampai kita dapat capai Big Why. Tanamkan dalam minda bahawa usaha tak akan sesekali mengecewakan kita,” akhiri Ummu.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment