Bukan mimpi tapi realiti…hasil berniaga, Cikgu Mas pertama kali terima emas free dari Chocodap’s

“Ini bukan mimpi tapi betul-betul dapat emas percuma. Terima kasih Chocodap’s,” itu reaksi cikgu Mas apabila menerima ganjaran barang kemas percuma, baru-baru ini.

Merupakan seorang guru yang berkhidmat di Krubong, Melaka ini teruja menerima emas pertamanya selepas setahun bersama Chocodap’s.

Cikgu Mas atau Maslina Bt Mohamed Soa’aid yang kini aktif mengusahakan bisnes coklat bouquet berterima kasih kepada founder dan juga CEO Chocodap’s, Ticer Sarah dan Encik Farhan Zainuddin kerana memandang usahanya selama setahun ini.

“Alhamdulillah, emas dah sampai di tangan saya. Dapatlah beraya dengan gelang baru tahun ni.

“Tak sangka jual coklat boleh dapat reward macam ni. Bertambah semangat saya nak menjual lepasni,” kata cikgu Mas penuh teruja.

Dalam masa sama, cikgu Mas juga mengajak anda di luar sana untuk ikut jejak langkahnya dengan menyertai Chocodap’s sebagai ejen sah.

“Tak perlu modal pun anda boleh jana pendapatan ribuan Ringgit setiap bulan. Macam saya walaupun masih bekerja tetap, saya tetap bersemangat untuk buat yang terbaik.

“Banyak benda saya belajar lepas join Chocodap’s antaranya skill komunikasi saya bertambah baik bila berada di khalayak ramai. Kalau dulu saya takut-takut, tak yakin nak menjual coklat sekarang tak lagi.

“Banyak ilmu yang saya dapat dari founder untuk memperbaiki kebolehan berniaga walaupun dari rumah sahaja.

“Sebagai ibu lima anak, jika saya mampu buat, anda juga pasti boleh,” katanya.

Sehingga kini, cikgu Mas berjaya menjana pendapatan peribadi sebanyak RM 36,652 sepanjang tahun lalu.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment