Kak Diba kongsi pengalaman jual coklat tepi pantai “Takde yang beli tapi…”

“Saya amat menitik beratkan status halal untuk produk makanan jadi bila dah jumpa Chocodap’s ni terus saya ‘lock’,” kata Sharipah Adibah Syed Ahmad atau Kak Diba memulakan cerita bagaimana dia terpaut hati untuk serius bersama Chocodap’s.

Jelas wanita berusia 38 tahun bekerjaya sebagai guru ini, selain status Halal, Chocodap’s juga dijadikan pilihan ketika melakukan aktiviti ziarah ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Bukan itu je, Chocodap’s juga sentiasa dalam simpanan Kak Diba untuk reward anak-anak murid di sekolah.

“Tarikan Chocodap’s memang kuat untuk saya selain rasanya yang sedap, Halal dan harganya pun mampu milik.

“Ke mana saja saya pergi pasti saya akan bawa Chocodap’s dalam bag. Lepas dah jatuh cinta dengan Chocodap’s, saya tergerak hati untuk jadi ejen. Ternyata pilihan saya tak salah sebab memang best berniaga coklat,” kata Kak Diba.

Akui ibu empat anak ini dia mula mengenali jenama Chocodap’s melalui kakak iparnya yang merupakan ejen. Selepas mendaftar dia mula aktif berniaga di sekolahnya, ternyata sambutannya sangat baik.

“Alhamdulillah, sambutan di sekolah baik, ramai yang sokong produk Chocodap’s termasuklah juga family saya. Seronok dapat COD coklat ke rumah pembeli dan ambil stok di Sendayan HQ.

“Peluang berniaga Chocodap’s saya gunakan sebaik mungkin kerana ini mungkin salah satu cara Allah SWT lorongkan ruang rezeki untuk saya dan keluarga. Dapat buat duit tepi untuk kegunaan masa depan anak-anak juga,” katanya.

Tambah wanita berasal Temerloh, Pahang, dia pernah berdepan pengalaman sukar di awal mula berbisnes. Kak Diba yang kini menetap di Port Dickson menceritakan dia pernah membuka booth di tepi pantai selama dua jam tapi tiada yang datang membeli.

“Tapi saya tak berputus asa kerana saya percaya rezeki Allah SWT itu luas, apa yang kita perlu buat adalah berusaha dan jangan berhenti berdoa. Alhamdulillah perniagaan saya semakin hari semakin baik dan terus mendapat permintaan di sini.

“Walaupun saya ada kerja tetap dalam sektor Kerajaan, itu tak bermaksud saya hanya duduk di zon selesa sahaja. Ada masa juga saya perlukan duit tambahan untuk bayar komitmen. Roadtax, insuran kereta semua itu komitmen jadi ini cara saya untuk jana pendapatan sampingan. Kalau saya boleh, anda di luar sana juga pasti boleh lakukannya,” jelas Kak Diba.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment