Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!
Aishah Said yang merupakan seorang guru pendidikan khas akui teruja selepas menerima ganjaran kedua daripada pihak Chocodap’s atas kerja keras sejak awal tahun ini.
Kata Aishah atau Kak Cah ketika dihubungi, ganjaran ini menaikkan lagi semangatnya untuk terus berusaha di masa akan datang.
Tambah Kak Cah, kesibukan di sekolah pada ketika ini tidak menghalangnya untuk terus aktif menjual coklat.
“Siapa sangka dalam menjual coklat, terima pula hadiah emas dengan harga cecah Ribuan Ringgit. Alhamdulillah seronok sangat.
“Sekarang Kak Cah dah kembali ke sekolah mengajar. Part paling seronok, kak Cah plan nak bawa pek jumbo Chocodap’s untuk budak-budak tapi belum sampai ke kelas, dah kena ‘sambar’ dengan pembeli iaitu guru penolong kanan.
“Tak apa, lepasni Kak Cah rancang nak sambut hari jadi anak murid di kelas. Insha Allah nak bawa untuk anak-anak murid di sekolah. Ini sempena hari kelahiran Kak Cah bulan ini juga, nak rai bersama-sama,” ujarnya.
Dalam masa sama, Kak Cah menceritakan pada awalnya dia hanya suka-suka untuk menyertai Chocodap’s dan akhirnya terus jadi hobi yang tak boleh dibawa jauh lagi.
“Kak Cah sayang dengan Chocodap’s. Kalau tak ada Chocodap’s, mungkin peluang nak pakai barang-barang kemas ni masih jauh lagi. Tapi di sini, tiada yang mustahil asalkan kita berusaha,” akhirinya.