“Arwah walaupun buta tapi dia seorang yang rajin cari duit kerana tak mahu susahkan sesiapa,” kata ejen Rosnani Mohamad @ Nani Acek bercerita mengenai ejen Chocodap’s, Masyitah Yong Abdullah yang baru sahaja meninggal dunia, baru-baru ini.
Allahyarhamah Masyitah atau mesra dengan panggilan Kak Tah menghembuskan nafas terakhir pada 15 Julai lalu pada jam 2 pagi.
Arwah yang merupakan OKU (buta penglihatan) juga aktif sebagai ejen Chocodap’s sebelum ini.
“Kak Tah adalah anak ejen di bawah team saya. Memang arwah tak berapa sihat dan nak jadikan cerita arwah pergi disebabkan diserang strok minor.
“Saya memang rapat dengan arwah dan sudah tentu kehilangan dia membuatkan saya sedih dan rasa kehilangan. Dia antara kenalan yang faham diri saya dan banyak kenangan manis kami dah lalui bersama,” kata Nani hiba.
Tambah Nani, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah ketika Nani membawa arwah ke kedai mampu milik RM2 untuk memborong bekas kecil untuk mengisi Chocodap’s.
“Masih segar dalam ingatan saya ketika saya bawa dia ke sana untuk membeli bekas isi coklat sempena sambutan Hari Guru.
“Banyak hal suka duka yang kami kongsi bersama. Semoga arwah Kak Tah tenang bersama golongan para Syuhadah di sana, doakan arwah ya,” akhiri Nani.
Arwah Masyitah sebelum ini aktif dalam pelbagai cabang bisnes antaranya menjual minyak wangi, produk minuman dan juga Chocodap’s di Koperasi Orang Buta.
Sama-sama kita doakan roh arwah Masyitah Yong Abdullah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman. Al-Fatihah…
Nani acek
07/27/2022 at 10:28 PMKehilangan MU amat di rasai😭
Munawir omar
08/11/2022 at 8:01 AMAl fatihah di baca
Salam takziah buat keluarganya
Kita yg masih ada lagi dibumi yg nyata perlu ambik iktibar pd arwah yg mna OKU
PERLU TANAM SIFAT
KEKURANGAN ADALAH KELEBIHHAN