Kejar akhirat, kejayaan dunia pasti datang – Noraini Mat Seman

Alhamdulillah. Mengalir air mata seorang ibu di pagi Jumaat mulia ini. Syukur ya Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini.

Bagi Noraini Mat Seman, dia tidak memaksa anak-anaknya untuk menghafaz Al-Quran namun segalanya hadir atas minat anak sendiri.

“Mama hanya memberi dorongan. Tapi syukur anak-anak mama semua dgn rela hati ke arah itu. Hazeeq dh ckp lps khatam dia nk belajar Alim pula. Mama tak halang apa yg anak-anak mama nk buat. Lepas ini Hazeeq akan buat pengulangan dan shahadah dulu. Lepas itu baru ambil SPM,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini bersyukur diberikan rezeki dapat menghantar anak-anak mengikuti pengajian Tahfiz dengan hasil Chocodap’s sepenuhnya.

“Ini salah satu antara big why mama dalam buat bisnes Chocodap’s ini. 

“Mama selalu pesan, kejarlah akhirat dulu. Dunia pasti akan dtg. InshaaAllah. Mama yakin dengan janji Allah. Mama tak ada harta yg banyak. Anak-anak lah harta mama. 

“Bantu mama dan papa serta 10 ahli keluarga kita masyuk syurga. Moga Allah permudahkan segala urusan Ammar Hazeeq mendalami ilmu-ilmu Allah Insha Allah,” akhirinya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment