Majlis Iftar & Khatam Al-Quran di Chocodap’s HQ

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah selesai Majlis Iftar & Khatam Al-Quran buat pertama kali kami buat bersama staff dan syukur dapat buat pada hari yang penuh barokah Hari Nuzul Al-Al-quran. Syukur berpeluang menunaikan solat jemaat maghrib, isya & terawih bersama.

Terima Kasih Ustaz Abdullah Razak , CEO HEBLUN yang bantu menyempurnakan majlis kami hari ni dengan kehadiran pelajar-pelajar tahfiz dari Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Terlalu banyak fadhilat dalam Majlis Khatam Al-Quran ini yang mana doa dalam majlis itu sangat makbul. Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimakbulkan. Dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu petang. Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga pagi”.

Semoga asbab Majlis Khatam Al-Quran malam ini, Turunnya rahmat Allah seperti yang disebut dalam hadis bahawa apabila Al-Quran dibacakan, maka Rahmat Allah turun. Apabila membaca Al-Quran, rahmat akan turun sebanyak mana Al-Quran itu dibaca.

Semoga diangkat segala cabaran kami, dipermudahkan segala urusan kami, dilimpahkan rezeki yang berlipatganda, dan mendapat rahmat & redha Allah swt. Aminn YRA

Ticer Sarah
Founder Chocodap’s

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment