Suri rumah pun mampu buat duit, Kak Zan bukti usia bukan halangan asalkan…

“Nawaitu nak bantu suri rumah sepenuh masa macam saya ada duit poket sendiri,” itu luahan Puan Norizam Bt Lee Chong, ejen Chocodap’s dari Kuala Krai.

Mesra dipanggil Kak Zan, wanita berusia 59 tahun ini memberitahu dia berminat sertai Chocodap’s selepas terlihat video coklat di Facebook.

“Masa tu entah kenapa bila tengok FB Live dikendali ejen Mahanom, terus kecur air liur. Teringin sangat nak makan Almond Sesame.

“Kak Zan terus Whatsapp ejen dan beli lima kilogram. Alang-alang terus daftar sebagai ejen sebab boleh dapat harga istimewa. Bila dah join, Alhamdulillah bukan perut je kenyang isi coklat malah Kak Zan juga ada duit sendiri walau kerja dari rumah,” katanya.

Kak Zan yang merupakan ibu kepada lima orang anak ini bercerita banyak pengalaman manis dilalui sepanjang bersama Chocodap’s.

“Ada manis, ada pahit. Seimbang dalam dunia bisnes pasti ada naik turun. Kak Zan pernah buat sales cecah RM 5000 nak naik ke level Commando. Kawan-kawan pun ramai yang beli coklat dengan Kak Zan. Menariknya sebelum join Chocodap’s, Kak Zan tak berapa mahir urusan dalam talian. Semua urusan Kak Zan terus call saja. Bila dah join Chocodap’s banyak benda Kak Zan belajar. Kira dapat tambah business skill.

“Yang pahitnya, Kak Zan pernah turun level. Rasa down juga waktu tu cuma Kak Zan bangkit semula dan bersama leader baru, Mami Nor. Baru dua bulan bersama, Alhamdulillah dah dapat rentak semula. Sekarang kak Zan aktif berniaga dan Alhamdulillah segalanya berjalan baik,” katanya memperoleh jualan berkumpulan mencecah RM 7000 bulan lalu.

Hasil berniaga, Kak Zan pernah terima ganjaran emas percuma dan bonus wang tunai.

Dalam pada itu, Kak Zan juga berhasil baik pulih bilik air di rumah dan membeli barang kemas dengan hasil wang berniaga.

Seronok kan tengok perubahan hidup Kak Zan? Anda yang impikan untuk ubah hidup dengan bisnes, boleh WhatsApp di nombor 012 945 7040 (Chocodap’s Hotline) untuk pendaftaran sebagai ejen sah.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment