“Doa tak henti bergumam dalam hati, bergema di langit Illahi. Alhamdulillah nama saya diumum sebagai pemenang emas sekali lagi,” kata Badrul Nizam Hassan @ Bad teruja sebagai pemenang di Grand Rewards Chocodap’s.
Kongsi Bad yang merupakan ejen Chocodap’s Pulau Pinang, ini merupakan kemenangan kedua selepas memenangi baucar penghawa dingin di Platinum Ace 2021.
“Syukur dapat emas kali ini. Saya hadiahkan untuk isteri tersayang. Dia juga hadir ke malam Grand Rewards Chocodap’s temani saya.
“Bila nama bakal pemenang seorang lelaki, besar harapan nama saya naik memandangkan ejen lelaki tak ramai. Jadi memang besar harapan saya malam itu untuk menang. Alhamdulillah saya dapat,” katanya teruja.
Bad yang bekerja sebagai pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung Pulau Pinang memberitahu meskipun sibuk dengan kerja tetap, Chocodap’s tetap menjadi kerja sampingan.
“Selain jual coklat saya juga bawa grab. Sambil bawa penumpang saya promosi Chocodap’s dalam kereta.
“Alhamdulillah ada beberapa yang berminat dan membeli. Terbaru, seorang penumpang saya dari Filipina. Dia borong 20 kilogram terus. Rezeki ada di mana-mana, janji rajin berusaha. Pasti Allah SWT bantu,” katanya.
Akui Bad, dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, dia menjadikan Chocodap’s sebagai ‘lubuk’ cari wang simpanan.
Kongsinya lagi, jika tiada aral dia dan isteri berhasrat membuka booth coklat di Pulau Pinang.
“Awal tahun lalu ada buka di Kompleks Bukit Jambul dan pasar malam. Insha Allah kalau ada kesempatan saya nak buka booth lagi,” ujarnya.