Dihalau suami keluar rumah, Kak Ja nekad bangkit semula dengan Chocodap’s

Dihalau suami keluar rumah, Kak Ja nekad bangkit semula dengan Chocodap’s

Gagal dalam perkahwinan yang dibina sejak 1994 membuatkan Kak Ja @ Norliza Mat Runing nekad ubah hidup dengan mula berniaga.

Wanita usia 46 tahun ini berkongsi kisah duka apabila dihalau suami dan terpaksa tidur di masjid buat sementara.

“Tak tahu nak cerita macam mana. Nak menangis pun dah kering air mata.

“Saya dalam proses berpisah dengan suami. Tak mahu panjangkan cerita atau salahkan sesiapa, mungkin setakat ini jodoh kami,” katanya dalam nada sedih.

Kak Ja yang memiliki seorang anak kini aktif sebagai usahawan Chocodap’s berharap kehidupannya bakal lebih baik di masa akan datang.

Kongsinya, Kak Ja yang pernah mengambil upah cuci pinggan di kedai sebelum ini menganggap ujian dilaluinya sebagai salah satu proses untuk mendewasakan fikirannya.

“Sebelum ni saya ada buat beberapa kerja cuma sekarang fokus dengan bisnes coklat. Alhamdulillah dalam masa dua tahun, boleh nampak dan rasa perubahan positif.

“Saya janji dengan anak untuk beri keselesaan dan perlu ada simpanan yang mampan untuk pendidikan dia. Insha Allah doakan saya,” katanya positif.

Baru-baru ini, Kak Ja teruja dapat bersama team Puan Masya Saari mengusahakan booth di Odeon Walk Mall, Kuala Lumpur.

Kak Ja yang menetap di Kota Bharu sanggup menaiki bas untuk membantu team Puan Masya pada penghujung Ogos.

“Dapat hasil RM 400 dalam sehari berniaga. Alhamdulillah, dipermudahkan-NYA. Kalau ada peluang berniaga di booth, saya nak turut serta sama lagi,” katanya lagi.

Kak Ja mencatat kutipan tertinggi sebanyak RM1000 hasil berniaga Chocodap’s pada Mei lalu.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment